Rojak Penang

December 7, 2008 - Leave a Response

Bahan-bahan ( 2-3 org )

* Bhn cucur Udang: 1 cwn tpg gandum
* 1 cwn air suam
* 1/2 st yis
* 1 st gula,1/2 st garam,sedikut serbuk kunyit
* segenggam taugeh/kucai
* 2 sb udang kering-tumbuk,Udang secukupnya
* Bhn keropok: 1cwn tpg beras
* 2 sb tpg gandum
* 3/4 cwn air
* 1 sb serbuk kari daging,1 st garam,sedikit ikan bilis-tumbuk
* Bhn cucur kelapa: 1/2 cwn tpg gandum
* 1/4 cwn kelapa parut/kering
* 1 sb cili giling,1/2 st garam,1st gula
* 1/3 cwn air
* ………………………………
* 1 cwn sengkuang hiris memanjang, 1 cwn timun hiris memanjang
* 1 keping tauhu-goreng n hiris
* 1 biji telur direbus
* kuah kacang-saya guna resepi kuah kacang delila dr resepi Cucur Udang Kuah Kacang

Cara-cara

1. Sediakan adunan cucur udang.satukan tepung,yis,gula,taugeh,serbuk kunyit dan udang kering.gaul rata.masukkan garam.tuang air sebatikan..biarkan 1/2 jam
2. sediakan adunan keropok.satukan semua bhn gaul sebati.
3. sediakan Adunan cucur kelapa.satukan semua bahan.kacau rata-adunan ini sedikit keras..
4. panaskan minyak dalam kuali..Untuk menyediakan keropok:tuang 1 senduk adunan keropok di tepi kuali-seperti membuat rempeyek
5. tuangkan minyak di atasnya sehingga keropok boleh jatuh ke dlm minyak.goreng hingga keemasan.Ulang hingga adunan habis
6. Utk cucur kelapa:bentukkan adunan bujur2 dan goreng seperti biasa sehingga keemasan..
7.
Dscn1439
Utk cucur udang:panaskan senduk yg sesuai dlm minyak panas.tunggu hingga betul2 panas
8. sudukan adunan ke atas senduk rata2..letak udang diatasnya terus masukkan kedlm minyak..tunggu hingga lekang sedikit(boleh keluar sndr)@tolak2 dgn chopstik/garpu.goreng hingga keemasan.ulang proses hingga adunan habis..
9. utk sediakan rojak,potong cucur udang,keropok dan hiris cucur kelapa agak nipis,satukan dgn sengkuang,timun,tauhu dan telur.tuang kuah kacang di atasnya..sedia utk dimakan :)

Puding Buih

December 4, 2008 - Leave a Response

Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )

* 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
* 1.75 liter air
* 9 sudu besar gula
* 1 helai daun pandan ~ disimpul
* 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
* 1 tin fruit cocktail ~ optional
* pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
* UTK KUAH
* 1 tin susu cair
* 2 tin air (guna tin susu cair)
* 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
* 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
* 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
4. UTK MEMBUAT KUAH:
5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
8. Selamat mencuba..

Ais Krim Kacang Merah

December 3, 2008 - Leave a Response

Oleh Mat Gebu

Bahan-bahan ( 7 – 8 orang )

* 270 g coffemate (creamer tepung)
* 500 ml susu segar
* 100 g gula halus (gula kastor)
* 1 tin kacang merah dalam tin

Cara-cara

1. Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 – 5 jam (sehingga 3/4 beku).
2. Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.
3. Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 – 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Puding Jagung

December 2, 2008 - Leave a Response

Oleh F & N

Bahan-bahan ( sefamily )

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Nasi Goreng USA

December 1, 2008 - Leave a Response

Bahan-bahan ( boleh dimakan 1 seorang sahaja. )

* 1 mangkuk nasi goreng biasa
* 1 biji telur
* 300 gram daging
* 1 batang serai yang telah (dititik)
* 1 sudu cili kisar ‘Contoh (cili boh)
* 3 sudu besar sos tomato
* 1 biji bawang besar
* 2 hirisTimun
* 2 hiris tomato
* 1 ulas bawang putih dan bahan perasa secukup rasa

Cara-cara

1. Goreng nasi bersama sedikit kicap dan ketepikan.
2. goreng telur dan ketepikan
3. sediakan bahan-bahan untuk membuat daging masak merah.
4. Tumis bawang-bawang sehingga naik bau.kemudian masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
5. masukkan daging dan biarkan sehingga daging empuk.
6. masukkan sos tomato,serai,daun limau,dan sedikt bahan perasa.
7. Hidangkan bersama nasi dan telur yang telah disediakan tadi.

Nasi goreng ‘yangzhou’

November 29, 2008 - Leave a Response

Oleh junjs1

Bahan-bahan ( 3 orang )

* 2-3 cawan nasi
* 3 ulas bawang putih-dicincang
* 4 sudu besar mixed vege
* 150gm isi ayam-potong dadu
* 10 ekor udang sederhana-dibuang kulit
* 2 biji telur-dipukul sket
* minyak masak secukupnya
* minyak bijan
* garam dan serbuk pepper
* 1 batang daun bawang-dipotong2
* 1 biji cili-dipotong2

Cara-cara

1. panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2. masukkan sayur campur, ayam dan udang, kacau hingga masak.
3. masukkan pula nasi, kacau rata. tambahkan minyak bijan, pepper, garam dan telur. gaul hingga rata dan masak.
4. hiaskan dengan daun bawang dan cili. hidangkan bersama cili api potong bersama kicap cair jika suka.

Tiramisu

November 24, 2008 - Leave a Response

oleh LittleHouseOnthePrairie

Bahan-bahan ( satu famili nak bagi jiran pun boleh :) )

* 2 keping kek span yg siap dipotong setebal 2 cm
* 8 keping sponge fingers@biskut tiramisu
* #Coffee Syrup – campur dan kacau rata
* 300ml air panas
* 4 tbsp gula caster
* 1 tbsp coffee paste
* 30 ml kahlua – optional
* # Cheese cream
* 250g Mascarpone cheese
* 1 tbsp serbuk gelatin
* 3 tbsp air panas
* 250g fresh cream (whipped)
* 250g whipping cream (whipped)
* # Bahan untuk hiasan
* sedikit serbuk koko
* sedikit parutan coklat masakan

Cara-cara

1. Untuk membuat Cheese Cream, cairkan serbuk gelatin dgn air panas dan kacau rata. ketepikan.
2. Tuangkan campuran gelatin tadi ke dalam mascarpone cheese dan kacau rata. Kemudian masukkan pula fresh cream dan whipping cream satu per satu dan kacau rata lagi.
3. Sediakan cake tin bersaiz 23cm dan letakkan sekeping kek span ke dalamnya. Kemudian sapukan kesemua permukaan kek menggunakan berus(yang bersesuaian) yg telah dicelup dengan coffee syrup tadi.
4. Tuangkan separuh Cream Cheese tadi ke dalam tin kek. Celupkan biskut tiramisu ke dalam coffee syrup tadi dan susun atur ke dalam tin kek. Taburkan di atas biskut tadi dengan parutan coklat masakan.
5. Kemudian letak sekeping kek span lagi di atasnya dan sapu/berus dengan coffee syrup tadi dan simpan di dalam peti ais selama 4 jam.
6. Setelah 4 jam keluarkan dari peti ais dan sapukan permukaan atas kek dengan whipping cream dan tabur diatasnya serbuk koko sebagai hiasan.

Puding Cendol

November 23, 2008 - Leave a Response

Oleh tuntung15

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )

* Bagi Lapisan Bawah
* 500ml air
* 180gm gula pasir
* 300ml santan pekat
* 10gm agar – agar powder
* 500gm cendol
* sedikit garam
* Bagi Lapisan Atas
* 500ml air
* 200gm gula merah
* 300ml santan pekat
* 10gm agar – agar powder
* 1 biji kuning telur
* sedikit garam

Cara-cara

1. Bagi Lapisan Bawah
2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5. Bagi Lapisan Atas
6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

Kek Batek Sempoi

November 14, 2008 - Leave a Response

Bahan-bahan ( ramai yg blh mkn ni )

* 1 bgkus besar biskut marie perasa original (ada 3 roll dlm 1 bgkus) – dipthkn 2 atau 3
* 1/2 tin besar susu pekat
* 180 gm butter
* 100 gm coklat bar masakan
* 2 1/2 cawan milo
* 1/3 cawan air panas

Cara-cara

1. kesemua bahan 2 – 6 dimasukkn kedlm kuali – masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
2. Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 – 2 jam.
4. Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh mkn daaaaaaa….

Ayam Masak Lemak Cili Padi

November 3, 2008 - Leave a Response

Oleh DianaA

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 1 ekor ayam, dipotong ikut suka
* 1 liter santan
* 3 biji tomato, dibelah dua
* 1 batang serai, dititik
* 1 helai daun kunyit, disiat empat
* garam secukup rasa
* minyak secukupnya
* Bahan untuk dikisar
* 10 batang cili padi merah
* 10 batang cili padi hijau
* 3 biji bawang besar
* 1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
* 1 inci halia
* 1 inci kunyit hidup

Cara-cara

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
4. Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.
5. Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.