Puding Karamel

October 30, 2008 - Leave a Response

oleh ghaMohdAnuar

Bahan-bahan ( loyang 8 inci )

* 1 cawan gula pasir.
* 1 1/2 cawan air.
* 4 biji telur.
* 1 tin krimer/susu sejat.
* 1 sudu kecil perisa vanilla.
* 1/2 sudu kecil tepung kastad/jagung. *kalau tak letak pun takpe.

Cara-cara

1. Untuk gula hangus:Masukkan gula pasir ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga gula cair keperangan dan tidak nampak ketulan. *jangan sampai bau hangit.
2. Masukkan air dan kacau hingga sebati. (jikalau gula yang sudah dimasukkan air tadi teksturnya masih pekat,boleh di masukkan air lagi asalkan rasa manisnya tidak hilang.)
3. Setelah mendidih sedikit,tutupkan api.
4. Untuk puding: Masukkan telur ke dalam bekas/mangkuk dan pukul hingga kembang. (saya guna mixer.)
5. Masukkan krimer/susu sejat ke dalam bekas yang mengandungi telur tadi dan pukul hingga sebati.
6. Kemudian,masukkan perisa vanilla+tepung jagung/kastad dan pukul bersama acuan no.5 di atas untuk beberapa ketika.
7. Masukkan gula hangus tadi ke dalam loyang dan seterusnya,tuangkan acuan yang sudah siap dipukul tadi ke dalam loyang yang sama.
8. Kukuskan ia di atas api sederhana selama 35-40 minit.
9. Inilah hasilnya…

Nasi goreng kerabu

October 28, 2008 - Leave a Response

Oleh princessharyati

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 2 piring nasi
* 2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
* Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
* 6 biji cili api dikisar halus
* 2 ulas bawang putih dikisar halus
* 1 biji bawang merah di mayang
* 5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
* 2 btg serai di potong halus
* Sedikit daun selloum di potong halus
* Sedikit daun pudina di potong halus
* Sedikit bunga kantan (kalu ada, i xguna sb takde)
* Boleh di tambah ulam lain jika ada
* Sedikit garam dan ajinamoto

Cara-cara

1. Panaskan minya masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
2. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan ajinamoto.
3. Sedia untuk disantap bersama.

** kalu nak mkn dgn sambal belacan pun sedap!

Tiramisu simple

October 25, 2008 - Leave a Response

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

* 1 biji sponge kek atau apa2 kek
* 250ml whipping cream
* 200ml cream cheese
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
* 1 sudu makan serbuk nescafe
* serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6.Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…

Rempeyek

September 25, 2008 - Leave a Response

2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan     Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis, dikisar
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah. Apabila agak keperangan, angkat dan tuskan.

Karamel Puding

September 4, 2008 - Leave a Response

BAHAN – BAHAN
400ml susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

BAHAN KARAMEL
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

CARA – CARA
1) Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
2) Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3) Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
4) Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5) Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
6) Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Steambot

September 4, 2008 - Leave a Response

Bahan
2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.

SOS CILI

Bahan Mesin
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

Bahan Tumis
minyak
gula
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.
2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Buah Melaka

September 3, 2008 - Leave a Response

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.